Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini membatalkan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 kerana didapati turut bocor.

Dalam kenyataannya, badan peperiksaan itu mengumumkan 30 September sebagai tarikh baru untuk kertas peperiksaan berkenaan, serentak dengan pengambilan semula kertas Science 018, 028 dan 038 yang ditangguhkan sebelum ini kerana kebocoran kandungan soalan yang dikesan.

“Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah menerima laporan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR 2014 telah didapati bocor.

“Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini benar,” kata kenyataan itu.

Semalam, ia mengumumkan kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 ditangguhkan ke 30 Sept ini kerana kandungan soalannya didapati tersebar melalui media sosial.

Lembaga Peperiksaan berkata ia akan menyiasat semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan yang berlaku.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan,” kata badan itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment