Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mahu siasatan rapi dilakukan dan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kes kebocoran soalan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014, bagi memastikan integriti sistem pendidikan dijaga dan dipelihara semua pihak.

Naib Presiden Perkasa Syed Osman berkata gejala kebocoran peperiksaan awam tidak boleh dibiarkan berlaku lagi pada masa akan datang.

“Sebarang kelemahan atau penyelewengan akan membawa implikasi yang buruk kepada warga pendidik dan juga kerajaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata laporan polis sudah dibuat dan Perkasa berharap tindakan segera diambil terhadap mereka yang terlibat dengan angkara yang memalukan Kementerian Pendidikan dan kerajaan.

Syed Osman, yang juga Pengerusi Biro Pemantauan dan Integriti Agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Perkasa, berkata banyak kemungkinan boleh menyebabkan kebocoran berlaku termasuk angkara khianat, kurang telus, tidak bertanggungjawab, faktor upah dan juga rasuah.

“Mungkin juga atas sebab terlalu ghairah untuk mengejar prestasi dan kecemerlangan bagi pihak-pihak tertentu. Tetapi bagi Perkasa, yang lebih merisaukan ialah faktor integriti yang sepatutnya menjadi budaya di kalangan penjawat awam.

“Setiap agensi kerajaan mewujudkan SOP (Prosedur Operasi Standard) masing-masing dengan tujuan ia dapat memberi kualiti kepada aspek pengurusan dan pentadbiran. Akan tetapi jika tahap integriti tidak wujud di kalangan penjawat awam, SOP sudah tidak bererti lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan. Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment