Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 2, 2014


KUALA LUMPUR – Kebanyakan masyarakat bukan Melayu di Malaysia bersikap bersederhana yang menghormati sentimen dan sensitiviti kaum lain, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian bagi membidas sebuah laporan yang memutar-belitkan kenyataannya dengan memetik beliau sebagai berkata orang bukan Melayu semakin angkuh, menghina kaum bumiputera, institusi Raja dan Islam.

Katanya, beliau merujuk kepada pemimpin dan penyokong DAP, dalam ucapannya, yang tidak menghormati perasaan orang Melayu.

Zahid berkata, ini terbukti dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh parti pembangkang dan penyokong mereka, terutama yang disiarkan di laman portal pro-pembangkang dan di sosial media.

Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) mempunyai parti komponen bukan Melayu dan sudah tentunya mereka tidak rasis dalam pendekatan masing-masing dan keputusan yang menjejaskan negara dibincangkan.

Pendekatan perkongsian kuasa dan konsensus bersama adalah ciri-ciri kejayaan BN.

“Tetapi tidak boleh dinafikan penyokong DAP mengambil pendekatan berbeza dengan keangkuhan mereka dalam politik,” katanya ketika dihubungi.

Sebuah akhbar bahasa Inggeris memetik beliau sebagai berkata, kaum Melayu terpaksa membayar harga kerana terlalu baik dan golongan tersebut (DAP dan penyokong semakin angkuh.

Beliau dilaporkan berkata bahawa penghinaan dibuat atas alasan demokrasi, kebebasan bersuara dan globalisasi.

Jelasnya, beliau tidak akan menyokong mereka yang mengeluarkan kenyataan menghina masyakarat bukan Melayu dan mahu polis mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment