Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 25, 2013

No Comment
Kuala Lumpur: Trauma ditahan Imigresen Thailand, kebajikan terabai, masalah tempat tinggal serta makan minum dan tidak tahan berlatih di bulan puasa menjadi antara alasan tujuh pelatih skuad sepak takraw kebangsaan meninggalkan pasukan kelab masing-masing yang bersaing dalam Liga Sepak Takraw Thailand, baru-baru ini.

Selain itu, ada juga yang menjadikan rumah tangga serta gangguan emosi sebagai punca masalah yang mendorong mereka mengenepikan arahan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dengan pulang tanpa alasan sekali gus membuatkan segala perancangan badan induk kebangsaan itu terjejas.

Semua alasan itu terkandung dalam surat tunjuk sebab diserahkan semua pemain terbabit kepada PSM dan setakat ini, tiga digantung daripada menyertai latihan skuad elit sementara menanti kes mereka dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib badan induk kebangsaan itu.

Difahamkan, sebelum menghantar semua pelatih terbabit menyertai Liga Sepak Takraw Thailand, PSM sudah memohon visa tiga bulan tetapi masalah itu berlaku disebabkan ada di antara mereka yang ‘berulang-alik’ ke Thailand sekali gus mengakibatkan visa mereka menjadi tidak sah.

PRESTASI Indonesia dan Korea Selatan makin meningkat.

Dalam usaha memberikan ilmu paling ampuh kepada pelatih terbabit, dua perunding Thailand yang dilantik, Praweet Intar dan Tawit Wongkluen ditugaskan mencari kelab yang sanggup menerima mereka selain menyediakan tempat tinggal untuk tiga bulan.


Bagaimanapun, semua usaha itu dilihat sia-sia kerana ada pelatih terbabit pulang secara curi-curi dan mengakibatkan segala perancangan memberikan mereka pendedahan terbaik, tidak terlaksana.

Bukan mudah untuk PSM menghantar pelatih bermain bersama kelab ternama Thailand dan langkah berguru di bumi ‘musuh tradisi’ itu dibuat selepas Malaysia menunjukkan aksi tidak konsisten sedangkan mutu permainan negara lain seperti Korea Selatan, Myanmar dan Indonesia semakin meningkat.

Mengikut perancangan asal, sepanjang berada di Thailand, semua pelatih perlu terbabit secara aktif dengan aksi liga kebangsaan yang berlangsung tiga bulan dan mereka akan pulang ke Malaysia selepas itu.

Setiap pelatih terbabit menerima elaun harian RM70 manakala makan minum dan penginapan ditanggung badan induk kebangsaan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment