Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 12, 2013

No Comment
Kota Tinggi: Rakaman video yang dimuatkan dalam laman web sosial Facebook (FB) yang memaparkan aksi sekumpulan penganut agama lain menjalankan aktiviti keagamaan di dalam surau di sebuah resort di Sedili, di sini, kelmarin, disifatkan sebagai menghina agama Islam.
Lebih mengejutkan, mereka menjadikan surau itu seolah-olah sebuah tokong apabila membaca mantera dan membawa masuk patung berhala serta gambar yang diletak di tempat imam bersolat, manakala sami dan pengikutnya duduk di atas karpet kecil yang dijadikan alas dan menghadap patung berhala itu. 
Seramai 14 individu termasuk seorang sami Buddha dilihat giat bersembahyang dan membaca mantera tanpa menyedari ia boleh menjejaskan sensitiviti umat Islam.

Malah, video berdurasi selama seminit 25 saat itu turut memaparkan bangunan surau dari depan selain ayat syahadah yang digantung di dalam surau berkenaan.

RAKAMAN video yang memaparkan surau dijadikan tempat penganut agama lain menjalankan kegiatan keagamaan mereka.

Turut kedengaran, bunyi radio yang dipasang dengan bacaan mantera dan ia diulangi semua peserta itu.

0 comments:

Post a Comment