Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 12, 2013

No Comment
Alor Gajah: “Dalam sekelip mata, darah meleleh keluar dari mata kiri cucu saya yang menangis sambil menggelupur kesakitan,” kata S Premmah, 52, datuk kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang berkemungkinan buta mata kiri akibat terkena serpihan mercun bola di Taman Sebang Gemilang, Padang Sebang di sini, Jumaat lalu.
Difahamkan, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa Y Harini Nair yang juga anak sulung daripada dua beradik mengikut datuknya itu ke kedai runcit di taman berkenaan. 
Premmah berkata, mereka ketika itu menuju ke kedai berhampiran dengan menaiki motosikal sebelum berhenti dan berborak dengan rakannya di kedai berkenaan.

“Ketika kejadian, saya dan cucu yang duduk atas motosikal menyedari sekumpulan lelaki sedang bermain mercun dalam jarak 10 meter.


TURKA Dewi mendukung anak sulungnya yang parah terkena serpihan mercun.

“Tidak lama kemudian, berlaku letupan kuat daripada mercun bola yang dibakar kumpulan lelaki terbabit dan saya terkejut melihat cucu meronta dengan darah memancut daripada mata. Saya juga berasa percikan panas terkena tengkuk,” katanya.

0 comments:

Post a Comment