Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 16, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Seramai 4,500 peserta menyertai acara larian `Great Eastern Live Great Run 2013′ anjuran syarikat Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (Great Eastern Life) di ibu negara baru-baru ini.

Great Eastern Life dalam satu kenyataan media memberitahu, acara itu melibatkan larian sejauh 12 kilometer (km) individu dan ‘fun run’ 3 km berpasukan bermula di Menara Matrade di sini.

“Laluan bagi kategori 12 km merentasi kawasan Bukit Tunku, Lebuhraya Mahameru, Jalan Kuching dan Persiaran Dutamas.

“Manakala kategori 3 km pula menyaksikan peserta memecut melepasi mercu tanda di sekitar Menara Matrade,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, larian ‘fun run’ 3 km antara acara paling menarik kerana ia memerlukan dua peserta memakai sehelai kemeja T bersaiz besar dan berlari beriringan.

Jelas kenyataan itu, program `Great Eastern Live Great Run 2013′ antara lain bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat.

0 comments:

Post a Comment