Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 16, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Latihan kemahiran tidak lagi boleh dianggap sebagai pilihan kedua untuk mereka yang rendah pencapaian akademik kerana kerajaan telah mengarusperdanakan latihan itu.

Ketua Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K), Mohammad Rizan Hassan berkata, perkara itu perlu difahami oleh semua pihak khususnya ibu bapa dan guru yang paling berpengaruh dalam kalangan pelajar sekolah

“Institusi latihan kemahiran seperti Giatmara dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) juga perlu menghebahkan perkara ini kepada golongan belia mengenai peluang latihan yang ada.

“Kini bukan masa untuk bergerak sendirian, sebaliknya bentuk kerjasama dengan pertubuhan belia atau komuniti setempat perlu diperkukuhkan,” katanya melalui satu kenyataan media.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas salah satu strategi memperkasakan ekonomi bumiputera seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin iaitu mendaya modal insan bumiputera.

Mohammad Rizan dalam pada itu meminta institusi latihan kemahiran supaya turut menerima kemasukan golongan pekerja untuk mempertingkatkan kemahiran mereka.

Beliau bagaimanapun meminta kemudahan latihan dan mesin yang digunakan di institusi latihan kemahiran dipertingkatkan terlebih dahulu untuk tujuan itu.

Ia kerana kemudahan yang ada di institusi latihan kemahiran dilihat tidak setaraf atau jauh lebih rendah berbanding mesin yang digunakan industri.

“Golongan pekerja mahukan latihan penggunaan alatan berteknologi tinggi dan boleh diaplikasikan di tempat kerja,” katanya.

Tambahnya, keupayaan tenaga pengajar juga perlu dimantapkan kerana terdapat tenaga pengajar institusi latihan kemahiran tidak mempunyai pengalaman bekerja di industri.

0 comments:

Post a Comment