Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 16, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Semua usaha dan inisiatif kerajaan untuk membantu graduan bumiputera yang masih menganggur tidak akan tercapai sekiranya sikap ego masih menebal dalam diri mereka.

Ketua Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K), Mohammad Rizan Hassan berkata, graduan bumiputera yang masih menganggur perlu membuang sikap itu dan menyahut pelbagai peluang latihan yang disediakan kerajaan untuk mereka.

“Meskipun usaha melatih para graduan bumiputera yang menggangur terus diperkasa dan dimantapkan, sikap dan ego tinggi mereka harus dikikis dan dibuang jauh. Stigma melihat latihan kemahiran seperti “down grade” kebolehan dan kelulusan mereka perlu diruntuhkan.

“Graduan bumiputera harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memperlengkapkan mereka dengan ilmu akademik dan juga keterampilan kemahiran yang akhirnya menjadikan mereka pekerja mahir berpengetahuan tinggi,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas usaha kerajaan mempergiatkan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) sebagai salah satu intipati strategi memperkasakan ekonomi bumiputera seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Langkah itu membolehkan graduan bumiputera yang masih menganggur berpeluang menjalani latihan kemahiran sekali gus menjadikan mereka golongan usahawan dalam bidang yang diterajui.

Justeru, Mohammad Rizan berkata, sudah tiba masanya graduan bumiputera menunjukkan sikap kematangan dalam berfikir, bertindak sebelum berfikir dan menyerap segala kebaikan yang diperolehi.

“Jika tidak bangsa Melayu akan tertinggal dalam perjalanan menuju ke sebuah negara maju berpendapatan tinggi,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment