Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 16, 2013

No Comment

Sebuah syarikat pengendali keretapi Jumaat lepas memperkenalkan keretapi mewah dan mensasarkan ia menjadi popular dalam kalangan rakyat Jepun yang berpendapatan tinggi.

Syarikat Kyushu Railway mendedahkan koc Nanatsuboshi yang menawarkan kemewahan serta layanan sehingga tujuh bintang.

Keretapi itu menawarkan ruang rehat dilengkapi dengan bar dan piano, restoran mewah serta 14 buah suite peribadi.


Setiap bilik peribadi disertakan dengan katil yang empuk bersama meja tulis dan juga bilik air yang luar bersama pancuran air dan tandas serta alat pemanas.

Keretapi itu akan bergerak di kawasan luar bandar di Pulau Kyushu dengan pakej empat hari tiga malam yang harganya mencecah 1.13 juta yen (RM36,190) bagi satu pasangan.

Syarikat itu menamakan rekabentuk keretapi mewah itu sebagai gabungan rekabentuk fusion antara Jepun dan Barat atau gabungan lama dan baru.

Keretapi itu akan memulakan perkhidmatannya pada bulan depan tetapi perjalanannya sudah pun habis ditempah sehingga Jun 2014.

Oleh : IBNU K

0 comments:

Post a Comment