Seperti yang diketahui ramai, penyanyi Adam AF bakal mendirikan rumah tangga dengan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Abdul Halim, pada keesokan hari.
Walaupun bakal isterinya pernah berkahwin dan bergelar ibu tunggal, namun status itu tidak menjadi persoalan di antara Adam dan keluarganya dalam menerima Fiza sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.
Antara faktor yang menyatukan Adam dan Fiza ialah adalah terdapat keserasian di antara keduanya selain ibu Adam menyukai kelembutan diri Fiza yang pandai mengambil hati keluarganya.
Ketika bercerita mengenai bagaimana perkenalan di antara keduanya bermula, Adam menyatakan, “selepas mengetahui dia sudah berhijab saya terus mengajaknya keluar, untuk berkongsi serba sedikit pengalaman berhijrah. Tidak sangka pula pelawaan saya disapa baik oleh Fiza”.
“Sejak pertemuan itu, saya terus terpaut kepadanya sehinggakan wajah Fiza sentiasa muncul dalam solat. Jadi, saya anggap itulah petunjuk daripada Allah,” katanya yang dipetik menerusi Berita Harian.
Fiza sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment