KHUZDAR, Pakistan – Tentera Pakistan dikerahkan segera ke tempat kejadian gempa bumi kuat yang sehingga kini telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 208 orang dan memusnahkan kebanyakan rumah yng dibina dari lumpur.
Gempa bumi itu melanda selatan negara itu dengan kekuatan yang mampu menolak sebahagian daratan menjadi sebuah pulau.
Gempa dengan kekuatan 7.7 magnitud pada skala Richter itu menggegarkan kawasan itu tengahari Selasa lalu di kawasan Baluchistan dalam derah Awaran.
Ia merupakan kawasan yang bertanah lumpur dan saiznya ialah sebesar negara Wales.
“Sehingga sekarang ini, jumlah yang mati sudah mencecah 208 orang manakala yang cedera ialah 382 orang,” kata anggota pentadbiran kanan daerah Asad Gilani.
Pasukan penyelamat kini berusaha mencari dan menyelamatkan mangsa yang kemungkinan masih hidup dengan keutamaan pada ketika ini ialah untuk menghantar mangsa cedera ke hospital segera.
Seorang lagi wakil kerajaan wilayah itu Jan Muhammad Buledi mengesahkan angka kematian.
“Kami berada dalam keadaan serba kekurangan untuk keperluan hospital dan di hospital berdekatan sudah tidak mempunyai ruang untuk merawat para mangsa yang cedera,” katanya.
Gempa bumi kali ini melibatkan kawasan yang terlalu luas kerana daerah Awaran mempunyai populasi penduduk 300,000 orang yang tinggal secara bertaburan dalam kawasan lingkungan 21,000 km persegi.
Di pusat gempa sahaja, kira-kira 60,000 orang tinggal dalam lingkungan 50 kilometer dari pusat gegaran.
“Kami bertungkus-lumus dengan usaha mencari dan menyelamat sepanjang malam saya bimbang pihak berkuasa akan menemui mayat lagi pada waktu siang esoknya,” katanya.
Menurutnya, hampir 90 peratus rumah yang kebanyankannya dibina dari lumpur di kawasan gempa bumi musnah sama sekali.
Beberapa mayat yang ditemui telah pun dikebumikan di kampung-kampung mereka.
Pihak tentera menghantar pasukan perubatan bersama helikopter untuk membantu operasi menyelamat dengan disertai 300 orang tentera dan ia akan meningkat kepada 1,000 orang lewat hari ini.
Gegeran begitu kuat sehingga ia dapat dirasai di New Delhi dan juga di Dubai.
Pada 2005, satu gempa bumi 7.6 magnitud di Kashmir membunuh sekurang-kurangnya 73,000 dan meninggalkan ramai orang kehilangan tempat tinggal.
0 comments:
Post a Comment