Shamsuri
SHAH ALAM – Demi pengaruh dan kuasa, ada segelintir ahli kongsi gelap yang sanggup menuntut ilmu kebal di negara jiran, Indonesia dan Thailand.
Mendedahkan perkara itu, pendakwah bebas, Datuk Shamsuri Shafie berkata, ia diakui sendiri oleh bekas ahli kongsi gelap yang sudah kembali ke pangkal jalan.
“Menjadi ahli kongsi gelap ini memerlukan keberanian kerana mereka akan terlibat dalam aktiviti jenayah. Sebab itu, ada yang sanggup menuntut ilmu kebal yang dilarang dalam agama.
“Dengan memiliki ilmu ini, mereka jadi lebih berani dan tidak takut untuk bertindak di luar batasan. Semua ini disebabkan mereka terlalu taksub untuk berkuasa di dalam kawasan masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
0 comments:
Post a Comment