Penyanyi Akim Ahmad mengakui ibunya senang dengan perwatakan serta personaliti yang dimiliki oleh teman tapi mesranya, Stacy.
Walaupun tidak membuat sebarang pengakuan mengenai sejauh mana hubungan mereka berdua, namun rata-rata peminat menganggap kedua-duanya sedang dilamun cinta ekoran keakraban yang ditunjukkan mereka.
“Saya dengan Stacy sudah lama berkawan dan kami memang rapat sejak dari dulu lagi, semua sudah sedia maklum bahawa apa sahaja kami selalu kongsikan bersama. Selain itu ibu saya sendiri amat senang dengan Stacy.
“Buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan soal perkahwinan dan sekiranya saya ada bersama Stacy, saya tidak menolak tetapi apa yang saya tegaskan di sini biarlah saya memberikan fokus tentang karier saya dan saya juga merasakan benda yang sama akan Stacy lakukan iaitu fokus mengenai kerjayanya terlebih dahulu, dan kami berdua juga masih terlalu muda untuk ke arah itu,” ujarnya panjang lebar kepada portal hiburan Rotikaya.
Jika benar mereka sedang bercinta rasanya tidak salah kerana kedua-duanya pun masih solo dan Akim sendiri pun sudah mesra dengan anak angkat Stacy, Bella Valentina memanggil Akim dengan gelaran ‘Daddy’.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment