PELAKON yang semakin mencipta nama, Syazwan Zulkifly kesal dengan tuduhan sesetengah peminat mengatakan dirinya kini sedang bercinta dengan pelakon Nabila Huda ekoran kemalangan yang menimpa kedua-dua figura seni ini pada Ahad lalu.
Syazwan mempersoalkan motif peminat menyebarkan dakwaan itu sedangkan mereka keluar bersama kerana memenuhi tuntutan tugas dalam mempromosikan drama lakonan mereka berjudul Jodoh Itu Milik Kita yang kini sedang hangat ditayangkan di Astro Mustika HD.
“Hanya kerana kemalangan itu, peminat sesuka hati membuat spekulasi sedangkan kami memang akrab. Saya mula berkawan dengan Abil sejak dia baik dengan Johan. Takkanlah disebabkan kami terbabit dalam kemalangan, dengan mudahnya kami dituduh bercinta,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.
Selain itu, dia juga membidas tuduhan mengatakan dirinya mabuk ketika kejadian malang itu berlaku.
“Secara logik, takkanlah saya mabuk pada siang hari apatah lagi saya membawa nyawa orang dalam kereta,” katanya lagi.
Ekoran kejadian malang itu, aktor yang popular menerusi drama rantaian Juvana ini telah mengambil cuti selama seminggu sebelum kembali ke pentas lakonan seperti biasa.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment