Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 26, 2013

No Comment


Pelakon jelita, Almy Nadia mengambil pendirian untuk mendiamkan diri daripada memberi kenyataan atau mengulas mengenai hubungannya dengan bekas kekasih, iaitu pelakon Fizz Fairuz kerana dia perlu menjaga hati banyak pihak.

“InsyaAllah saya akan beri kenyataan apabila tiba waktunya nanti, tapi buat masa sekarang berdiam adalah jalan terbaik dan paling selamat kerana saya perlu menjaga hati banyak pihak.

“Saya faham tugas wartawan, tetapi maaf saya perlu bersikap adil kepada semua. Pengalaman lalu banyak mengajar saya supaya jangan terlalu terbuka. Bimbang nanti timbul pula cerita serta persepsi bukan-bukan seperti yang berlaku dulu,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, dia tidak mahu mengulangi kesilapan apabila ramai yang terluka dan berkecil hati.

“Lagipun saya ada keluarga yang perlu dijaga air mukanya dan biar saja Fizz yang bersuara.”

Almy atau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan bekas kekasihnya itu yang mengakui kembali bercinta denganya dan akan berkahwin dengan wanita itu pada awal tahun hadapan – Tupai

0 comments:

Post a Comment