Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 26, 2013

No Comment


KALAU sebelum ini pelakon Nazim Othman dikatakan anak emas kepada pengarah tersohor Erma Fatima. Namun baru-baru ini timbul pula dakwaan pelakon yang sedang meningkat naik namanya, Amar Baharin pula menjadi pelakon kesayangan pengarah itu.

Manakan tidak? Lepas satu-satu drama arahan Erma menampilkan aktor kacak ini. Terbaru Amar terlibat dengan tiga drama sekaligus iaitu Shopaholic, Ketika Cinta Merintih dan Mat Kental. Kesemua penggambaran drama tersebut baru saja selesai dijalankan di Eropah dan ini disambung di tanah air

“Taklah anak emas. Cuma sejak kebelakangan ni banyak berlakon dibawah arahan Kak Erma. Dulu saya kerap berlakon di bawah produksi Micheal Ang, Saya pun sebenar tak suka terikat terlalu lama dalam satu, satu produksi. Tapi dah kalau rezeki saya lebih lama di situ, saya terima dan bersyukur”, katanya yang juga bakal menjalani sebuah drama bersiri juga arahan Erma Fatimah iaitu Kalimah Jiwa pada Oktober depan.

Tak Rasa Janggal Dengan Erra

Sementara itu, ramai yang tahu mengenai gosip yang mengaitkan dia dengan aktres Erra Fazira. Mereka kononnya dikatakan menjalin hubungan. Menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan tersebut Amar bagaimanapun mengakui khabar angin itu sedikit mengganggu kerjayanya. Namun dia tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama primadona jelita itu.

“Gosip tu tak betul. Bila kami dengar tentang gosip tu, rasa kelakar pula. Kenapalah orang boleh ada, adakan cerita. Saya dengan dia (Erra) macam langit dengan bumi. Tak dinafi, agak tergangu sikit bila gosip ni timbul sebab status dia dan saya jauh berbeza. Saya tak tahu bagaimana cerita sebegini boleh timbul. Nanti orang ingat saya pula yang reka-reka cerita sebab kejar populariti.

“Tapi kami tak ada masalah untuk berlakon bersama dan tak memberi kesan apa pun pada lakonan kami. Baru-baru ni kami berlakon bersama dalam drama Shopaholic. Saya tak rasa janggal pun malah saya hormati dia”, tuturnya.  - malaysiaDigest

0 comments:

Post a Comment