Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 17, 2013

No Comment

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja nyaris maut manakala bapa dan abangnya berjaya menyelamatkan diri apabila bot dinaiki mereka terbakar di jeti Kampung Losong Panglima Perang di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan Haikal Amsyar, 16, melecur di kedua-dua belah kaki, tangan dan muka apabila bot itu tiba-tiba terbakar ketika bapanya, Harif Fadhilah Hashim, 54, cuba menghidupkan enjin.

Menurut bapa mangsa, ketika kejadian, dia dan dua anaknya dari Rusila ke jeti berkenaan untuk menggunakan bot itu ke Pulau Kapas.

“Saya pergi bersama seorang lagi anak lelaki saya, Hazman, 18. Kami berniat untuk melakukan aktiviti snorkeling sempena cuti umum Hari Malaysia dengan meminjam bot kepunyaan seorang rakan.

“Selepas naik bot, kami isi minyak dan saya terus menghidupkan enjin, malangnya api terus menyambar dan menyebabkan enjin serta sebahagian bot terbakar. Mujurlah saya dan anak sempat selamatkan diri,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Menurut Harif Fadhilah, anaknya itu diberi bantuan awal oleh penduduk kampung sebelum dihantar ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana kecederaan yang dialaminya agak serius.

Katanya, dia mengesyaki kebakaran itu disebabkan oleh tumpahan minyak di kawasan sekitar enjin bot ketika mengisi minyak yang kemudiannya disambar api ketika dia cuba menghidupkan enjin.

Katanya lagi, selama berpuluh tahun biasa menggunakan bot, ini adalah kejadian kali pertama yang menimpanya dan dia tidak menyangka dua orang anaknya turut ditimpa insiden itu.

“Dah bertahun-tahun saya menggunakan bot, malah bot yang ini pun sudah banyak kali saya guna, tetapi ini kali pertama insiden seperti ini berlaku,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan dan Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Rozairi Abdul Rahim memberitahu, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat mengenai kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kami mendapati sebuah bot sepanjang tujuh meter sedang terbakar dan mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital oleh orang ramai.

“Pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak dan memadamkan kebakaran tidak lama kemudian. Kami kini sedang menyiasat punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian,” katanya. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment