Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 16, 2013

No Comment
Chin Peng

SHAH ALAM - Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di satu hospital di Bangkok pagi ini.

Laporan Bangkok Post menyebut, Chin Peng, 90, meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi.

Beliau meninggal dunia sebulan sebelum tarikh ulang tahun ke-89 kelahirannya. Chin Peng dilahirkan pada 21 Okt 1924.
   
Bekas gerila komunis ini hidup dalam buangan selama beberapa dekad setelah cubaannya untuk menubuhkan negara komunis di Tanah Melayu, kemudian Malaysia, gagal.
   
Walaupun beberapa kali mencuba untuk kembali ke Malaysia, beliau tidak dibenarkan berbuat demikian kerana tindakannya mengetuai pemberontakan berdarah di negara ini masih jelas dalam ingatan sesetengah rakyat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment