Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 16, 2013

No Comment

Di Britain, mempunyai 16 orang anak nampaknya masih belum memadai bagi pasangan suami-isteri, Noel dan Sue Radford.

Keluarga besar itu kini sedang menantikan kehadiran anak ke-17 sekitar April tahun depan.

Memetik laporan Daily Mail, pasangan yang berasal dari Morecambe, Lancashire itu bagaimanapun masih belum mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan nanti.

Menariknya, pasangan itu tidak menganggap kehadiran anak yang terbaru nanti sebagai menambahkan beban, sebaliknya mereka cukup teruja.


16 anak pasangan Radford terdiri daripada Chris, 24, Sophie, 19, Chloe, 18, Jack, 16, Daniel, 14, Luke, 12, Millie, 12, Katie, 10, James, 9, Ellie, 8, Aimee, 7, Josh, 5, Max, 4, Tilly, 3, Oscar, 2 dan Casper, 11 bulan.

Menurut kenalan rapat keluarga itu, mereka merupakan keluarga yang sangat bahagia dan anak-anak mereka cukup sopan dan beradap.

“Jelas sekali bahawa mereka merupakan ibu-bapa yang hebat,” ujarnya.

Memandangkan jumlah ahli keluarga Radford terlalu ramai, mereka kini menggunakan sebuah bas mini untuk bergerak ke destinasi tertentu.

0 comments:

Post a Comment