Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 17, 2013

No Comment

LIVERPOOL gagal meneruskan rekod kemenangan bersih mereka pada tiga aksi terdahulu apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan Swansea pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di gelanggang lawan, awal pagi tadi.

Namun satu mata yang dikutip itu sudah cukup untuk membolehkan Liverpool merampas kembali kedudukan tangga teratas liga yang dihuni seketika Arsenal dan Tottenham selama dua hari.

Selepas empat perlawanan, Liverpool kini mengumpul 10 mata diikuti Arsenal dan Tottenham 9 mata serta Manchester City, Manchester United, Chelsea, Stoke dan Newcastle dengan 7 mata.

Di Stadium Liberty, awal pagi tadi, tuan rumah Swansea mendahului seawal minit kedua menerusi jaringan Jonjo Shelvey, namun hanya selang dua minit kemudian Liverpool berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan Daniel Sturridge.

Liverpool mendahului 2-1 menerusi jaringan Victor Moses pada minit ke-36 tetapi Michu memastikan pelawat tidak pulang dengan mata penuh apabila menjaringkan gol penyamaan 2-2 buat Swansea pada minit ke-64.

Kesemua empat jaringan melibatkan Shelvey, bekas pemain Liverpool. Biarpun dia berjaya meletakkan Swansea di hadapan, kesilapan Shelvey menjadi punca kedua-dua jaringan pelawat. Mujur hantarannya pada minit ke-64 menghasilkan jaringan penyamaan Swansea.

0 comments:

Post a Comment