Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 28, 2013

No Comment

MELAKA – Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka sekali lagi meraih pingat emas bagi kategori ‘innovation’ (staf) dalam Pertandingan dan Pameran Invention, Innovation & Design UiTM Johor baru-baru ini.

Mereka diwakili Shafezah Abdul Wahab, Shahril Anuar Abdul Ghalim dan Siti Najah Raihan Sakrani menghasilkan buku inovasi edisi ke tiga  I Am A Mass Comm. Student: A Quick Fact Book For Mass Commers In UiTM Melaka.

Buku yang dihasilkan itu mengandungi maklumat tentang fakulti, kemasukan pelajar, panduan pemakaian mengikut sahsiah rupa diri dan kursus-kursus pengajian yang ditawarkan.

Kejayaan dan penghasilan buku tersebut amat membanggakan sekali gus meningkatkan nama FKPM selepas kumpulan sama memenangi pingat emas di Pertandingan dan Pameran Invention, Innovation & Design UiTM Perak tahun lepas bagi kategori ‘invention’.

Selain usaha penambahbaikan kandungan untuk edisi ketiga ini,  I Am A Mass Comm Student juga telah di patenkan sebagai satu jenama (branding) bagi menghasilkan produk-produk menggunakan jenama tersebut bagi meningkatkan usaha pengkomersialan.

Pencapaian FKPM ini dilihat positif bagi menzahirkan keperluan kerajaan dalam Gerakan Inovasi Nasional tahun ini.

Dalam masa sama, ini bermakna agenda menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai hab pendidikan tinggi berinovasi perlu diperkukuh dan diperhebatkan dalam usaha menjadikan inovasi sebagai tunjang sektor pengajian tinggi ke arah transformasi ekonomi negara.

Sementara itu, kumpulan sama turut memenangi pingat perak bagi kategori invention (staf) bagi penghasilan majalah Student Leader.

Oleh: HARITS ASYRAF

0 comments:

Post a Comment