Insiden isteri pemain bola sepak Kelab Johor Darul Takzim, Nor Shahrul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Mat Yo yang memaki hamun seorang pengawal keselamatan di terminal Subang Skypark 12 September lalu dilihat mencetuskan rasa marah dalam kalangan pengguna laman sosial.
Semalam video temubual mynewshub.my dengan pengawal keselamatan itu Azman Mohd Nayan menjadi viral di laman YouTube dan Facebook apabila ia telah ditonton 255,609 kali dan mendapat 2,371 likes dalam masa hanya satu malam.
Sebahagian besar komen yang diterima mengulas video itu mengutuk tindakan isteri Mat Yo Siti Aisya Adam yang dilihat bersifat kurang hajar kerana mengutuk pengawal itu dengan panggilan bodoh dan lebih teruk lagi ‘jantan dayus’.
Viralnya video pengakuan Azman membuktikan rakyat Malaysia masih sebahagian besarnya menolak sikap kurang hajar lebih-lebih lagi apabila seorang wanita muda seperti Aisya yang jelas tidak menghormati Azman yang sudah veteran dan lebih matang dari dia.
Demi menyuarakan hasrat tidak puas hati, banyak pakar laman sosial di alam internet menghasilkan pelbagai karya dari gambar, poster dan juga laman Facebook mengutuk tindakan isteri Mat Yo itu.
Sekeping gambar hasil editing menunjukkan gambar persandingan pasangan itu tetapi wajah Mat Yo diubah menjadi muka Aisya, dan Aisya diubah wajahnya menjadi muka Mat Yo.
Selain itu sebuah laman Facebook baru dibuka dengan nama Kami Benci Bini Mat Yo yang pantas menjadi perhatian pengguna Facebook selepas ia mendapat 33,029 likes dalam masa hanya sehari selepas dibuka.
Dalam ruangan penerangan laman Facebook itu, admin menulis “Page ini diwujudkan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kepada isteri Mat Yo yang lupa diri dan kurang ajar,” katanya.
Di dalam laman berkenaan beberapa isu berkaitan Mat Yo turut dibincangkan antaranya konflik Mat Yo ketika meninggalkan pasukan Kelantan untuk bermain dengan JDT sebelum ini.
Ada juga dikesan beberapa akaun Facebook menukar gambar profil mereka kepada gambar Azman untuk menunjukkan sokongan kepada pakcik itu yang diperlakukan sehina-hinanya oleh Siti Aisya.
Satu lakaran komik lucu turut dihasilkan menunjukkan konon-konon ada konflik di antara Mat Yo dan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat semuanya menyindir Mat Yo yang didakwa gagal mengawal isterinya sehingga sanggup bertindak sampai ke tahap itu.
0 comments:
Post a Comment