Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 25, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Serdang (GPPS) mendakwa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganaktirikan pembangunan di kawasan Seri Kembangan.

Presidennya, Datuk Yap Pian Hon mendakwa, perkara itu boleh dilihat apabila lebih banyak pembangunan dilaksanakan di Subang Jaya berbanding di Seri Kembangan.

“MPSJ seolah-olah menganaktirikan dan meminggir serta menepikan pembangunan sosial ekonomi di sekitar Seri Kembangan berbanding pembangunan dinikmati di kawasan Subang Jaya yang begitu pesat pembangunan sosial ekonominya.

“GPPS mahu mendapatkan penjelasan daripada MPSJ terhadap jumlah peruntukan yang disalurkan di kawasan Seri Kembangan dan Subang Jaya setiap tahun,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Pian Hon dalam pada itu mendakwa cadangan projek pembinaan jambatan bertingkat di Pusat Perdagangan Seri Kembangan dan Serdang Perdana oleh MPSJ masih belum ditunaikan hingga kini.

Dakwanya, beliau dimaklumkan sumbangan yang diserahkan kepada sesetengah pemaju yang berhampiran lokasi projek tersebut telah dikutip bagi membiayai sebahagian kos pembinaannya.

Kata beliau, dakwaan berhubungan perkara itu disuarakan beberapa ahli pada mesyuarat agung perwakilan badan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung dalam GPPS.

0 comments:

Post a Comment