KUALA LUMPUR – Kelab Kumpulan AmBank (KAG) meraikan seramai 71 penghuni Rumah Anak Yatim Darul Aitam Wal’Masakin dari Alor Setar, Kedah dalam satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Kumpulan AmBank dalam satu kenyataan media memberitahu, penghuni berusia antara 7 hingga 17 tahun itu turut menerima sumbangan berupa duit raya selain memberi sumbangan RM5,000 kepada rumah anak yatim berkenaan.
“Turut disumbangkan adalah kain-kain untuk dibuat pakaian seragam sekolah bagi anak-anak di rumah itu,” kata kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, Presiden KAG, Syed Anuar Syed Ali berkata, meraikan golongan yang kurang bernasib baik merupakan salah satu aktiviti yang sering diadakan oleh kelab tersebut.
Beliau yang juga Pengurus Besar Kanan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan Kumpulan AmBank berkata, aktiviti itu sejajar dengan ajaran Islam yang prihatin terhadap mereka yang memerlukan.
Katanya, aktiviti itu juga membantu pihaknya mencapai objektif memainkan peranan korporat yang lebih efektif sebagai warga korporat yang bertanggungjawab.
“Kami gembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan golongan ini,” katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment