Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 16, 2013

No Comment

Ketegasan kerajaan Malaysia untuk menolak hasrat ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng untuk pulang ke tanah air disambut baik oleh beberapa pihak selain menyifatkan pengkhianat negara seperti Chin Peng sememagnya layak menamatkan riwayat hidupnya di luar negara.

Ahli Dewan Negara Senator Ezam Mohd Noor hari ini mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia yang tegas menolak permintaan Chin Peng itu sebelum ini.

Menurut beliau kepada Mynewshub.my hari ini, pengkhianat negara seperti Chin Peng memang wajar menamatkan riwayat hidup mereka di luar negara kerana perbuatan jahatnya tidak mungkin boleh dimaafkan sebegitu sahaja.

“Syabas kepada rakyat dan kerajaan Malaysia kerana ketegasan kita pengkhianat Chin Peng tidak dapat mencapai hasrat untuk kembali ke tanah air,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas mengenai pendirian parti DAP dahulu yang kuat menyokong agar kerajaan membenarkan Chin Peng balik ke Malaysia, Ezam berkata jika pendirian mereka masih menyanjung Chin Peng mereka sepatutnya mengikut jejak Chin Peng.

“Kalau masih pertahan Chin Peng, kita cadangan mereka juga ikut jejak Chin Peng berambus dan mati di luar tanahair,” katanya.

Pada 2009, Chin Peng pernah menyuarakan hasratnya untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyampaikan hasratnya untuk pulang ke tanah air.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata pertemuan antara beliau dengan bekas pemimpin komunis itu yang tinggal di Thailand tidak perlu diadakan.

Chin Peng ingin bertemu Najib ketika Najib mengadakan lawatan ke Selatan Thailand pada Diseember tahun 2009.

Najib sudah pasti tidak boleh melupakan kejahatan Chin Peng yang banyak menyebarkan dakyah di saat bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak masih menjadi Perdana Menteri.

Komunis juga merupakan antara penyebab tercetusnya konflik 13 Mei 1969.

Keputusan Allahyarham mengadakan perbincangan hubungan bilateral dengan China pada 28 Mei hingga 2 Jun 1974 merupakan antara tindakan Tun Abdul Razak mengatasi ancaman komunis di dalam negara.

Pada ketika itu Presiden China mendiang Mao Tse Tung ingin bertemu dengan Tun Abdul Razak secara rasmi di Istana Presiden di Beijing, China pada 29 Mei tahun 1974.

Tun Abdul Razak dikatakan memecah protokol kelaziman kerajaan Koumintang di China yang memerlukan seorang pemimpin asing perlu berbincang dengan Perdana Menteri China terlebih dahulu sebelum dibenarkan menghadap Presiden tetapi tidak kepada Tun Razak.

0 comments:

Post a Comment