Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 16, 2013

No Comment

Malang bagi seorang warga emas, May Ward, 100, apabila beliau dibiarkan terbaring di atas katil selama 40 minit selepas terjatuh sebelum penjaganya bertindak menghubungi talian kecemasan, 999.

Ward yang tinggal di Rumah Jagaan Meppershall sejak enam tahun lalu dikatakan terjatuh sewaktu sedang dipindahkan dari kerusi ke katilnya dengan kepalanya terlebih dahulu terhempas ke lantai.

Kemalangan tersebut mengakibatkan beliau mengalami keretakan di bahagian tengkorak, memetik laporan Daily Mail.

Dua penjaga tersebut, Shasha Wei dari China dan Rumyana Ivanova dari Bulgaria kemudiannya bertindak menukar pakaian Ward yang berlumuran darah sebelum meletakkan semula beliau di atas katilnya.

Wanita yang masih bernafas itu dibiarkan selama 40 minit sebelum mereka menghubungi talian 999.

Ward menghembuskan nafas terakhir di hospital sehari selepas kejadian itu.

Bagaimanapun, kes yang dianggap sebagai kecuaian oleh pihak polis Bedfordshire itu akhirnya digugurkan kerana kekurangan bukti dan kedua-dua penjaga itu juga sudah kembali ke negara asal mereka.

Ward yang juga seorang balu mempunyai kesihatan yang baik pada usianya dan pernah menerima telegram dari Ratu yang mengesahkan usianya yang ke-100 beberapa bulan sebelum kematiannya.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment