PENGARAH Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG), Tan Aik Mong dilaporkan turut mengumumkan peletakan jawatannya dari Persatuan Badminton Malaysia, (BAM), semalam.
Peletakan jawatannya itu dikatakan ekoran tidak bersetuju dengan rombakan struktur kejurulatihan yang dibuat 5 September lalu.
Khamis lalu, jurulatih badminton perseorangan negara, Rashid Sidek mengumumkan peletakan jawatannya dari BAM.
Memetik laporan berita stesen TV arus perdana pagi tadi, Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff menganggap isu tersebut sudah selesai.
Berita mengenai peletakan jawatan Aik Mong tersebar kurang 24 jam selepas pengumuman pembaharuan sistem kejurulatihan serta Projek Menang-Menang yang diumumkan Tengku Mahaleel. – Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment