Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 17, 2013

No Comment

UTTAR PRADESH – Seekor gajah yang gemuk terpaksa diangkat dengan kren dalam usaha menyelamatkannya daripada didera oleh tuannya yang kejam.

Usaha dramatik bagi menyelamatkan Lakshmi itu terpaksa dijalankan oleh 20 pegawai perhilitan.

Lakshmi yang berusia 18 tahun itu tidak dapat bergerak akibat masalah obesiti dan penyakit lain melibatkan tulang dan saraf.

Pemiliknya sebelum ini cuba menyembunyikannya daripada pihak berkuasa kerana gajah itu digunakan untuk meminta sedekah di tengah-tengah bandar.

Namun akibat kegemukan yang melampau, Lakshmi tidak dapat bergerak menyebabkan jabatan hidupan liar terpaksa menggunakan kren untuk mengangkatnya naik ke dalam trak.

“Kami terpaksa mengambil segala langkah bagi menyelamatkannya. Kami telah menyaksikan bagaimana teman Lakshmi, Bijlee mati dan tidak mahu gajah betina itu mengalami nasib yang sama.

“Kami gembira kerana berjaya menyelamatkan Lakhsmi. Sepanjang jalan dari Mumbai ke Mathura, kami terpaksa berhenti dan memberi Lakshmi makan, bagi memastikan dia selamat dan tidak tertekan sepanjang perjalanan,’’ kata pegawai veterinar, Dr. Yaduraj Khadpekar.

Lakshmi kini dalam proses pemulihan dan dijaga di jabatan pemuliharaan.

0 comments:

Post a Comment