TAHNIAH diucapkan buat Beego dan Linda Hashim yang dikhabarkan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Linda kini hamil dua bulan dan pasangan ini menyatakan keterujaan mereka yang tidak sabar menantikan kehadiran orang ketiga dalam kehidupan mereka.
Seperti kebiasaan ibu hamil, Linda juga tidak terkecuali mengalami alahan di awal kehamilannya itu.
“Masa awal-awal dulu memang Linda ada alami lemah badan dan loya-loya tapi takdelah sampai muntah. Yang kelakarnya bukan morning sickness tapi evening sickness. Dalam minggu lepas pun Linda lemah sangat sebab demam,” katanya yang dipetik menerusi portal Ohbulan.
Linda dijangka melahirkan anak sulungnya pada penghujung bulan April tahun hadapan.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment