LAS VEGAS – Seorang remaja lelaki yang hilang sebelum ini, dipercayai menjadi mangsa pembunuhan seperti ibu dan adiknya, kini menjadi suspek utama dalam kes itu.
Adrian Navarro-Canales, 16, ditahan di sebuah medan selera terbuka di sini selepas hampir seminggu hilang dari kediamannya di sini.
Dalam kejadian minggu lalu, ibunya, Elvira Canales-Gomez, 40, dan adiknya Cesar, 9, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam.
Mayat Cesar ditemui di dalam tab mandi, manakala mayat Canales-Gomez berada tidak jauh dari situ dengan sebilah pisau terpacak di dadanya.
Polis mengesan mayat kedua-duanya selepas menerima laporan ibunya tidak muncul di tempat kerja dan adiknya tidak hadir ke sekolah Jumaat lalu.
Menurut polis, Navarro-Canales merupakan seorang remaja bermasalah dan telah berhenti sekolah sejak November tahun lalu.
Kes tersebut bagaimanapun masih dalam siasatan.
Oleh: ELZA
0 comments:
Post a Comment