Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 1, 2013

No Comment

IPOH - Penduduk di Taman Falim Indah dekat Ipoh gempar apabila mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di tebing Sungai Pari dekat sini semalam.

Bayi malang itu terapung bersama uri dijumpai pukul 5.09 petang oleh orang awam yang melalui jambatan di sungai berkenaan.

Memetik laporan Perak News Online, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Abdul Manap Hashim berkata, bayi yang dijumpai tanpa pakaian itu berada dalam keadaan baik walaupun kelihatan sedikit kembung di bahagian badan.

Tambah beliau, bayi tersebut dipercayai baru dilahirkan berdasarkan penemuan uri dan tali pusat bersama mangsa.

"Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada tubuh bayi yang dipercayai baru sahaja dilahirkan,

"Kita percaya bayi ini dibuang di kawasan lain dahulu sebelum dihanyutkan arus sungai ke sini," tegas beliau.

Jika ada saksi yang melihat kejadian tersebut atau mempunyai sebarang maklumat berkenaan bayi itu, sila laporkan kepada balai polis berdekatan.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: PERAK NEWS ONLINE

0 comments:

Post a Comment