Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 26, 2013

No Comment


IPOH – Pengunjung taman permainan kanak-kanak di Taman Ipoh Timur, di sini, gempar apabila mayat seorang lelaki ditemui tergantung di situ, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, Yip Chee Mun, 54, ditemui dengan leher terikat tali pada tiang besi di taman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa dari Jalan Yin Choo Han, Taman Ipoh, dipercayai tinggal bersendirian dan tidak bekerja.

“Bedah siasat mendapati mangsa mati akibat tekanan pada leher.

“Keluarga mangsa yang kini berada di Kuala Lumpur sudah dimaklumkan, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Difahamkan, mangsa bermungkinan mengalami tekanan selepas bercerai dengan isterinya beberapa tahun lalu. – SINAR HARIAN

0 comments:

Post a Comment