Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 17, 2013

No Comment

Jakarta – Pertandingan ratu cantik Miss World 2013 di Indonesia menjadi kontroversi dengan penyertaan seorang gadis misteri, yang menyamar sebagai Miss Uzbekistan.

Tiada siapa yang mengenali Rakhima Ganieva, 18, malah negaranya sendiri tidak  mengiktiraf penyertaannya kerana Uzbekistan, iaitu sebuah negara Islam tidak pernah menganjurkan pertandingan ratu cantik.

Di sebalik portfolionya, tiada siapa yang tahu siapa dia sebenarnya, malah Jawatankuasa Kebangsaan Mengenai Wanita Uzbekistan memaklumkan bahawa sesiapa yang mengaku dirinya adalah Miss Uzbekistan, maka dia adalah penipu.

Tiada siapa yang tahu bagaimana Ganieva memasuki pertandingan itu di Indonesia.


Wakil penganjurkan Miss World di London sendiri tidak dapat memberikan penjelasan.

Ganieva sebelum ini mengaku bahawa dia berasal dari Tashkent dan turut memuat naik gambar dia bersama Miss Georgia, Miss Russia dan Miss Ukraine ketika mereka bersiap sedia untuk acara kemuncak Miss World 2013 pada 28 September ini.

Dalam pada itu, agensi model di Tashkent, Pro Model memaklumkan bahawa Ganieva tidak pernah lulus mana-mana proses pemilihan untuk menyertai pertandingan Miss World di Uzbekistan.

“Jika ada proses bagi pertandingan itu pun, kita pasti akan menghantar model yang lebih cantik. Maaf saya katakan di sini bahawa Ganieva membina kariernya atas penipuan,’’ kata jurucakap Pro Model.

0 comments:

Post a Comment