Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 28, 2013

No Comment

SIBU – Sebuah lagi Klinik 1Malaysia akan dibina di daerah Sibu pada tahun ini namun lokasinya masih belum diputuskan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh berkata pembinaan klinik baharu itu akan menjadikan bilangan Klinik 1Malaysia di daerah ini bertambah kepada lapan buah.

“Setakat ini klinik itu terdapat di Sungai Bidut, Jalan Bandung, Taman Rejang, Jalan Salim, Jalan Permai, Jalan Teku dan Sibu Jaya,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Pameran Sarawak Merdeka 50 Tahun di sini hari ini.

Beliau berkata penambahan bilangan Klinik 1Malaysia akan membolehkan lebih banyak rakyat memperoleh khidmat perubatan di klinik kerajaan.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua dan anggota Dewan Undangan Negeri Bawang Assan berkata kerajaan telah lama menyediakan perkhidmatan perubatan komprehensif kepada rakyat negeri ini termasuk di kawasan pedalaman.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Bahagian Sibu, Dr Mohd Rais Abdullah berkata purata bilangan pesakit yang mendapat rawatan di Klinik 1Malaysia di daerah ini antara 1,200 dan 3,500 orang sebulan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment