Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 29, 2013

No Comment
Antara para penyokong Selangor yang hadir bagi memberi sokongan pada perlawanan Piala Sultan Selangor 2013 di Stadium Shah Alam di malam tadi. - Foto Bernama

Selangor mempamerkan aksi cemerlang untuk mempertahankan kejuaraaan Piala Sultan Selangor 2013 dengan  mengalahkan Singapura 3-2  di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan  Selangor mencatat kejuaraan buat kali keenam selepas memenanginya pada 2001, 2003, 2005, 2008 dan 2012.

Pada perlawanan itu, Singapura terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Aleksandar Duric seawal minit kelima selepas menewaskan penjaga gawang Selangor, Norazlan Razali.

Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan Selangor mengatur semula jentera serangan dan berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi tandukan pemain pertahanan, Adam Griffith pada minit ke-40.

Bersambung bakak  kedua, Selangor yang mendapat sokongan 60,000 penyokong skuad Merah Kuning yang hadir ke stadium berjaya bangkit untuk  menambah gol kedua pada minit ke-54 menerusi penyerang Francis Forkey Doe.

Bagaimanapun, kesilapan pemain Selangor yang menjatuhkan pemain Singapura di dalam kotal penalti mengundang padah apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan pelawat.

Nyata peluang tersebut tidak disia-siakan oleh Singapura apabila Kamel Randani mudah menewaskan Norazlan pada minit ke-70 untuk mengikat kedudukan 2-2.

Tidak tersentak dengan jaringan penyamaan Singapura, Selangor terus menggandakan usaha dan akhirnya Forkey Doe memastikan Piala Sultan Selangor kekal milik pasukan tuan rumah dengan gol kemenangan pada minit ke-74 menerusi sepakan lambung yang menarik dari luar kotak penalti pasukan pelawat.

Keputusan tersebut kekal sehinggalah tiupan wisel terakhir daripada pengadil perlawanan, Sivakorn Pu Udom dari Thailand.

Selaku juara, Selangor membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000 yang disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada kapten pasukan, Mohd Asraruddin Putra Omar manakala Singapura kendalian Patrick Vallee meraih RM10,000 selaku naib juara.

Terdahulu, Veteran Singapura berjaya membalas dendam kekalahan tahun lepas selepas menundukkan Veteran Selangor 1-0 hasil jaringan Rafi Ali pada minit ke-17.

0 comments:

Post a Comment