Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 2, 2013

No Comment

Tiga pelajar kolej jurusan automotif maut dan seorang tenaga pengajar cedera parah selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas merempuh dua batang pokok di Lebuh Raya Bukit Jalil-Puchong berhampiran Taman Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika mangsa yang menaiki kereta Proton Wira dalam perjalanan pulang ke Kolej New Era di Bandar Sunway selepas menjadi krew dalam pertandingan kereta drift di Speed City yang terletak kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian.

Mereka yang maut ialah Hafizuddin Nazri, 18, dari Lahat, Perak; Zul Zyrean Zaharuddin, 18, dari Bandar Tun Razak, Pahang serta seorang yang dikenali sebagai Mohd. Nasaruddin, 20, dari Negeri Sembilan manakala yang cedera parah ialah pemandu kereta tersebut, Mohamad Hairee Mohd. Ali, 20, berasal dari Kuala Pilah.

Jurucakap polis berkata, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan merempuh dua batang pokok.

“Kereta itu kemudian terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima. Bagaimanapun pemandu MPV terbabit tidak mengalami kecederaan serius.

“Kesemua mangsa tersepit di tempat duduk dengan tiga daripada mereka maut di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut jurucakap itu, Mohamad Hairee yang memandu kenderaan itu cedera parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Katanya, mayat ketiga-tiga mangsa pula di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sementara itu, rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, kesemua mangsa menjadi krew menukar tayar pada pertandingan tersebut.

“Pertandingan itu berakhir kira-kira pukul 6 petang sebelum mereka semua pulang,” ujarnya ketika temui di lokasi kemalangan – Kosmo Online

0 comments:

Post a Comment