Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 17, 2013

No Comment

Penyerang berbisa Robin Van Persie mahu memeterai perjanjin baru dengan kelabnya Manchester United walaupun kontraknya ketika ini masih berbaki kira-kira tiga tahun lagi.

Pemain antarabangsa Belanda itu yang menyertai kem Old Traffod musim lalu dari Arsenan yakin beliau sudah pun menyukai kariernya di United dan berhasrat untuk bermain lebih lama di kelab itu.

“Saya ada tiga tahun lagi dalam kontrak sekarang dan saya mahu bermain lebih lama,” kata beliau yang berusia 30 tahun.

Menurut laporan Metro UK, Van Persie mahu bermain selama mungkin dan di tahap paling tinggi yang boleh dicapai bersama United.

Beliau kini turut mendambakan lagi kejuaraan trofi bersama Red Devils selepas memenangi trofi kejuaraan liga pertama buat dirinya bersama United musim lepas.

“Memenangi piala ialah segala-galanya dalam bola sepak bagi saya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment