Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 17, 2013

No Comment

Seorang Penganalisis politik, Dr Ismail Sualman menyifatkan kematian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pada hari ini sebagai kebetulan yang unik iaitu pada Hari Malaysia yang ke-50.

“Mungkin ia takdir yang dikatakan satu yang simbolik. Takdir menentukan segalanya. Tetapi secara kebetulannya Chin Peng meninggal pada hari yang sama kita memperingati penubuhan Malaysia hari ini.

“Apa pun sejarah komunis merupaka satu sejarah hitam yang terpalit dalam politik negara kerana kita tak boleh lupa tentang yang dilakukan oleh komunis pada suatu ketika dahulu,” demikian menurut Ismail.

Menurut laporan laman web Antarapos hari ini, Chin Peng dikaitkan dengan kematian beribu penduduk dan pasukan keselamatan negara ini dalam usahanya menjatuhkan penjajah negara, kerajaan British.

Selepas membebaskan Tanah Melayu daripada British, PKM pula yang menjajah bumi bertuah ini.

Ismail menambah, keganasan dan kezaliman yang dibuat Chin Peng perlu diambil iktibar oleh generasi muda pada hari ini agar sejarah hitam itu tidak menular.

Malah dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan negara seperti yang dikecapi sehingga kini, Ismail mahu semua pihak berganding bahu dan bersatu-padu agar unsur murni ini dapat dikekalkan sehingga masa akan datang.

“Dengan wujudnya penubuhan Malaysia pada 16 September ia menjadi titik tolak kepada usaha serantau dalam menekankan keamanan, kestabilan dan sikap berkecuali.

“Itu yang saya fikir ia perlu menjadi ingatan kepada generasi muda supaya mereka menghargai perjuangan pejuang bangsa dan kita tak mahu lagi ditawan dan berkompromi dengan komunis,” jelasnya.

Chin Peng meninggal dunia di sebuah hospital di ibu negara Thailand kira-kira jam 6.30 pagi tadi akibat sakit tua.

Beliau dilarang kembali ke Malaysia setelah PKM bersetuju untuk mengikat perjanjian damai dengan Malaysia pada tahun 1989.

Larangan itu dibuat sebagai menghormati balu dan anggota keluarga pejuang-pejuang negara yang terkorban akibat serangan gerila komunis pada satu masa dahulu.

0 comments:

Post a Comment