Sebuah syarikat penerbitan buku Silverfish Books menerima satu email daripada satu sumber yang mengejutkan kerana email itu hadir dari seorang lelaki yang mengaku dirinya blogger porno Alvin Tan.
Menerusi laman blog mereka silverfishopinion.blogspot.com, penulis blog dengan nama SilverfishWriters menerusi satu entri semalam memaklumkan pihaknya menerima email berkenaan pada 1 Oktober lepas.
Subjek email itu berbunyi “Saya adalah Alvin Tan, Individu Yang Dibenci Semua Media” begitulah lebih kurang bunyinya.
Menurut penulis itu, orang yang mengirim email turut menjelaskan lebih lanjut beberapa perkara berkaitan dirinya seperti perbuatan memmuatnaik gambar dan video hubungan seksual dia dengan teman wanitanya Vivian Lee.
Lelaki yang mendakwa diri sebagai Alvin itu berkata, akibat perbuatan itu dia dan Vivian mendapat masalah ketika melanjutkan pelajaran di Singapura.
“Email itu turut menyebut, ya sayalah Alvin yang memuatnaik poster mari berbuka puasa dengan ‘Bak Kut Teh’ yang turut menyebabkan mereka didakwa di Malaysia,” katanya.
SilverfishWriters berkata email itu turut dihantar kepada beberapa syarikat penerbitan dengan beberapa pautan kepada berita akhbar berkaitan kisah hidupnya yang penuh dengan adegan seksual itu.
Menurut blog berkenaan, email Alvin itu berbunyi seperti blogger porno itu mahu mencari duit dengan menghantar satu kertas cadangan kepada Silverfish Books, mungkin mencari wang untuk membayar kos guaman agaknya.
“Email itu adalah berkenaan satu kertas cadangan yang mengatakan Alvin mahu menulis sebuah buku dan sedang mencari syarikat penerbitan yang berminat menerbitkan bukunya.
“Biasanya saya menolak bulat-bulat email tanpa sebarang manuskrip buku yang penuh tetapi saya mengambil keputusan untuk melihat pautan laman Facebook Alvin dengan harapan menemui satu bakat baru dalam bidang penulisan,” kata penulis blog itu.
Malangnya, menurut entri blog berkenaan Alvin tidak berbeza dari penulis-penulis lain yang menulis topik klise dan biasa.
Penulisan Alvin berkenaan kekeluargaan, motivasi diri, pengurusan media, kemahiran sosial dan tidak dilupakan kepakarannya tentang cinta dan ‘dating’.
“Ketika saya memberitahu seseorang berkenaan kertas cadangan Alvin, individu itu menjawab kenapa seseorang itu perlu mempertimbangkan cadangan menerbitkan buku yang ditulis oleh “seorang yang bodoh”?” menurut entri blog itu.
Kasihan Alvin, kini mencari peluang meraih pendapatan untuk menampung kos guaman.
Kami kemudiannya membuat carian laman Facebook berkaian Alvin Tan tetapi kami menemui laman Alvin dan Vivian ditulis sebagai ‘public figure’ dengan hanya 712 likes.
Kemaskini terakhir di laman itu ialah pada 21 September lepas dengan soalan “Adakah anda sedang melakukn hubungan seks atau menjalinkan hubungan cinta?”
Nampaknya Alvin sudah kembali aktif dalam laman sosial melanggar syarat ikat jamin mereka sebelum ini.
Pada 25 Julai lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan membenarkan pasangan “bak kut teh” dan pasangan seks bebas diikat jamin.
Hakim Datuk Azman Husin membenarkan Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin dengan RM30,000 dan seorang penjamin bagi setiap seorang selepas membenarkan permohonan semakan mereka.
Beliau juga mengarahkan passport kedua-dua pasangan itu juga ditahan dan mereka dihalang untuk memuat naik sebarang artikel menyinggung, komen memprovokasi dan gambar pornografi yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
Hakim juga menghalang kedua-dua pasangan daripada menggunakan sebarang alat komunikasi seperti telefon pintar untuk membangkitkan ketegangan kaum dan agama.
Kemudian, pada Ogos lepas, mereka berdua di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memohon untuk menyemak semula kesahihan salah satu daripada tiga pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.
Hakim Murtazadi Amran telah meluluskan permohonan yang diwakili peguam Choong Joo Tian dan menetapkan tarikh pengurusan kes berakhir pada 19 September akan datang
Choong yang mewakili anak guamnya telah memfailkan semakan semula terhadap Seksyen 298(A) apabila dia melihat pertuduhan tersebut tidak berkaitan dengan anak guamnya.
Kasihan Alvin, sudah kehabisan wang untuk membayar kos guamannya agaknya?
Oleh : KUMBANG WIRA
0 comments:
Post a Comment