28 September lalu, seorang bekas pekerja sebuah syarikat pengiklanan di Taiwan telah memuat naik satu video ke laman Youtube.
Dalam video tersebut, dia menerangkan ketidakpuasan hati kepada bos di syarikat tempatnya bekerja sekaligus untuk menyatakan bahawa dia mahu meletak jawatan.
Video yang dimuatnaik oleh Marina Shifrin, 25, itu telah menjadi viral dan hingga hari ini mencatat lebih 10 juta views.
Dalam video berlatarkan lagu Kanye West, Gone, Marina menari sambil memberitahu menerusi paparan teks bahawa selama dua tahun, dia telah banyak berkorban demi kerjaya di Next Media Animation tetapi apa yang dipentingkan oleh bosnya cuma berapa banyak video yang telah dimuatnaik dan berapa banyak view diperoleh.
Jadi menerusi video yang dibuatnya, Marina cuba menerapkan pendapatnya bahawa kandungan video lebih utama daripada jumlah view.
Namun siapa sangka, bekas majikan Marina menjadikan video yang dimuatnaik oleh Marina sebagai satu idea untuk menghasilkan video balas.
Rentetan daripada video tersebut, bekas bos disertai rakan-rakan sekerja Marina yang lama, menjawab apa yang didakwa oleh Marina juga menggunakan tarian, latar belakang lagu Kanye West dan paparan teks.
Antara yang diterangkan termasuk kelebihan bekerja di syarikat berkenaan termasuk memiliki bos yang ‘sporting’.
Manakala jika di akhir videonya Marina menyatakan mahu berhenti kerja, penghujung video balas bekas majikannya pula memberitahu kepada penonton bahawa mereka sedang mencari calon yang sesuai untuk mengisi tempat yang ditinggalkan Marina. – REM RAMZI
Video Peletakan Jawatan Marina:
Video Balas Bekas Majikan:
0 comments:
Post a Comment