Sepasang pengantin baru terpaksa membuat pengumuman pembatalan majlis resepsi perkahwinan mereka melalui sebuah stesen radio selepas pihak perunding perkahwinan yang dilantik mereka tidak menyediakan perkhidmatan seperti yang dipersetujui di dalam pakej.
Pasangan itu Siti Nurfitri Hanafi, 21, dan suaminya Alimuddin Senin, 24, turut membuat laporan polis ekoran kegagalan syarikat itu.
Mereka mendakwa syarikat perunding perkahwinan Enchanted Wedding melanggar perjanjian dalam pakej perkahwinan bernilai $15,200 Dolar Singapura (RM38,919) seperti yang ditempah pengantin baru itu.
Segala-galanya bermula pada tengahari Sabtu lepas, apabila ahli keluarga pasangan pengantin itu meninjau dekorasi dan membuat persiapan awal di lokasi majlis iaitu sebuah dewan serbaguna di Blok 772, Woodlands Drive 60, Singapura.
Ketika itu, ibu pengantin lelaki, Noraini Sabtu, 51, melihat pelamin yang disediakan syarikat berkenaan kelihatan tidak kukuh dan boleh runtuh pada bila-bila masa.
Kemudian, pada pukul 5 petang, selepas ada kira-kira 150 orang tetamu hadir, menu utama iaitu Sup Tulang Kambing masih belum dimasak.
Sebaliknya pemilik syarikat Enchanted Wedding Fiza Azmi pergi meninggalkan majlis dan kemudian membeli tujuh bungkus Sup Tulang Kambing yang hanya dibeli daripada sebuah gerai makanan di Beach Road.
Saat itu, Alimuddin menyedari majlis resepsi berkenaan akan menghadapi masalah besar jika diteruskan.
Dek kerana tiada pilihan lain, pasangan itu menghubungi stesen radio Warna meminta mereka mengumumkan majlis resepsi mereka dibatalkan.
Beliau berkata mereka menempah pakej perkahwinan My Fair Wedding September lepas dan telah pun membayar $13,000 Dolar Singapura (RM33,000) daripada harga keseluruhan pakej.
“Pakej itu termasuk penyediaan kad jemputan, kek perkahwinan, pelamin dan majlis bankuet pada Sabtu dan Ahad, tetapi pihak perunding perkahwinan hanye menyelesaikan 50 peratus perkhidmatan pakej yang ditawarkan,” katanya.
Sumber : Singaporeseen.stomp.com.sg
0 comments:
Post a Comment