DI SEBALIK kesibukan sebagai ahli perniagaan, pemangku Bendahari Pemuda dan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Johor, Sheikh Ahmad Nafiq Alfirdaous, 31, masih sempat menjadi antara penyumbang kepada sebuah maahad tahfiz di Johor Bahru.
Menurut Sheikh Nafiq, idea penubuhan Maahad Tahfiz Alfirdaous tercetus setelah beliau didatangi seorang sahabat yang berniat mahu membina institusi pendidikan demikian.
“Saya melihat idea maahad tahfiz sangat baik tetapi memerlukan penglibatan serius syarikat korporat dan swasta.
“Dari situ saya terus bersetuju untuk turut serta,” ujarnya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Begitupun, Sheikh Nafiq memilih untuk berada di belakang tabir manakala sahabatnya itu menjadi pengetua menguruskan maahad dan memilih tenaga pengajar.
Meskipun tidak mempunyai pelajar yang terlalu ramai, menurutnya, beliau lebih mementingkan tempat belajar yang selesa selain modul pengajian yang diiktiraf dan bersesuaian dengan aliran masa.
“Pelajar kami tidak hanya menumpukan perhatian pada ilmu akhirat semata-mata tapi juga diseimbangkan dengan ilmu dunia seperti kepentingan Bahasa Inggeris.
“Malah jika ada antara pelajar mempunyai kemampuan mental yang tinggi, saya bercadang untuk mendedahkan mereka dengan ilmu seperti fizik dan matematik pada usia muda,” kata Sheikh Nafiq.
Ditubuhkan sejak 2010, maahad tahfiz tersebut kini mempunyai 28 pelajar berusia antara 6 hingga 13 tahun dan lima guru.

“Maahad kami mempunyai lesen dan diiktiraf Majlis Agama Islam Johor. Kami juga sering memanggil tenaga pengajar dari kolej dan maahad lain sekitar Johor untuk turut sama berkongsi ilmu dengan pelajar di sini.
“Menjadi harapan saya semoga maahad ini melahirkan anak-anak dengan ilmu dunia dan agama yang cukup bagi menjadi generasi pemangkin satu hari nanti,” ujarnya.

Sheikh Nafiq yang merupakan calon nombor 33 bagi Exco Pergerakan Pemuda UMNO, turut bertanding kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai pada pemilihan akan datang.
0 comments:
Post a Comment