Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 28, 2013

No Comment
LONDON: Fernando Torres mengambil kesempatan daripada kesilapan barisan belakang Manchester City pada minit ke-90 untuk membantu kemenangan 2-1, Chelsea ke atas pelawat, pada pertemuan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

City bagaikan sudah dapat mengikat kedudukan di Stamford Bridge selepas Sergio Aguero menyamakan kedudukan jaringan pembukaan perlawanan Andre Schurrle, tetapi Torres pula menghukum mereka daripada kesilapan antara Matija Nastasic dan Joe Hart. 
Itu adalah kesilapan terbaru yang dilakukan penjaga gol England yang keluar dari kawasannya tetapi tidak dapat untuk menampan bola dan hanya mampu melihat kesilapannya dihukum Torres. 

Barisan Jose Mourinho kini sudah mencatatkan kemenangan lima kali berturut-turut dan menduduki tangga kedua di belakang Arsenal dengan dua perbezaan dua mata.


Pengurus City, Manuel Pellegrini, yang mengambilalih jawatan daripada Mourinho yang kini mengendalikan Real Madrid, terpaksa berpuas hati dengan pasukannya yang kini menduduki tangga ketujuh, ketinggalan empat mata daripada Chelsea. - AFP

0 comments:

Post a Comment