Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 28, 2013

No Comment
Alor Setar: “Saya dan rakan nekad memandu kereta mengejar Toyota Hilux milik saya yang dilarikan dua lelaki dari rumah di Simpang Empat, Bukit Tambun, Pulau Pinang berdasarkan panduan sistem kedudukan global (GPS) sebelum menemuinya di Jalan Kuala Kedah, di sini.

“Tidak lama kemudian saya menerima maklumat kenderaan itu ditemui di Pekan Cina, dekat sini, dan dua lelaki terbabit sudah ditahan polis,” kata Mohd Shahrudin Idris, 44, pemilik pikap Toyota Hilux yang dilarikan dua lelaki dari rumahnya, awal pagi semalam.

Mohd Shahrudin yang juga kontraktor berkata, dia menyedari kehilangan kenderaannya kira-kira jam 5.20 pagi selepas mendapati pintu rumahnya terbuka manakala kunci pikap berkenaan hilang dan mengesyaki ia mungkin dicuri.

Menurutnya, ketika itu dia serta rakan serumahnya, F Prakesh, 30, sedang tidur, tidak dengar apa yang berlaku dan terkejut apabila mendapati kenderaan miliknya tiada di pekarangan rumah.

PIKAP dipandu dua lelaki terbabas ketika dikejar.

DERETAN motosikal yang diletakkan di bahu jalan turut dilanggar.

“Saya terus membuat laporan di Balai Polis Batu Kawan sebelum mengajak Prakesh mengejar kenderaan itu berpandukan GPS. malah kami nekad untuk mengekori dua lelaki itu.

0 comments:

Post a Comment