Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 28, 2013

No Comment
Line terkilan kerana mendiang suaminya tidak sempat untuk menatap wajah anak sulung mereka.

Jucille Juin

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika mengejar seorang penunggang motosikal semasa rondaan di Jalan Bermi 2 Off Loh Hoon Joon, Pandan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.15 pagi itu, motosikal dinaiki Jucille Juin, 23, bergesel dengan motosikal dinaiki seorang lelaki menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu dan terhumban ke dalam longkang.

Timbalan Ketua Polis Daerah 1, Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Wahib Musa berkata, mangsa bersama seorang lagi anggota membuat rondaan di kawasan berkenaan sebelum terserempak dengan motosikal ditunggang seorang lelaki.

“Motosikal dinaiki lelaki itu berada di belakang motosikal anggota kami. Lelaki berkenaan juga dilihat dalam keadaan mencurigakan apabila tiba-tiba membuat pusingan U menyebabkan mangsa berpatah balik dan mengejarnya.

“Mangsa berjaya merapati motosikal dinaiki lelaki itu dan mengarahkannya supaya berhenti, bagaimanapun dia enggan berbuat demikian dan terus memecut.

“Motosikal mangsa kemudian bergesel dengan motosikal lelaki itu yang menyebabkan kedua-dua mereka hilang kawalan dan mangsa melanggar tiang lampu dan terjatuh ke dalam longkang, manakala motosikal lelaki terbabit terbabas ke jalan raya," katanya di Balai Polis Majidee, semalam.

Katanya, lelaki berkenaan ditahan di tempat kejadian dan berdasarkan siasatan awal, lelaki itu berumur 21 tahun berasal dari Kempas bekerja sebagai pembantu chef di sebuah hotel di bandar ini. Hasil ujian saringan air kencing mendapati ia adalah negatif.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala suspek hanya patah kaki kiri dan sedang dirawat di HSI," katanya.

Beliau berkata, seorang lagi anggota yang membuat rondaan bersama Jucille tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, isteri mangsa yang kini hamil lima bulan, Line Marlina Stephen, 22, terkilan apabila mendiang suaminya tidak dapat menatap wajah anak sulung mereka yang dijangka dilahirkan pada 18 Mac depan.

“Suami tidak menunjukkan sebarang perubahan atau tingkah laku pelik, dia memang sentiasa berpesan supaya sentiasa menjaga anak kami baik-baik, namun sebelum keluar daripada rumah semalam (kelmarin) dia mengadu berasa penat dan sakit-sakit badan, “katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, semalam.

Line berkata, mayat suaminya akan dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Kota Kinabalu Sabah pada pagi ini untuk disemadikan.

0 comments:

Post a Comment