Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 28, 2013

No Comment

NEW YORK – Seorang wanita dan empat kanak-kanak termasuk bayi berusia 18 bulan dijumpai mati ditikam dalam satu kejadian amuk di sebuah pangsapuri di Brooklyn di sini kelmarin.

Susulan tragedi berdarah itu, polis telah menahan seorang lelaki untuk disoal siasat awal semalam.

Bayi tersebut dan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia sembilan dan enam tahun dipercayai mati akibat ditikam apabila pasukan paramedik tiba menjelang pukul 11 malam kelmarin.

Pihak kecemasan bergegas membawa dua lagi mangsa iaitu seorang wanita berusia 37 tahun dan kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun ke hospital tetapi mereka tidak berjaya diselamatkan, ujar seorang pegawai polis.

Setakat ini, identiti semua mangsa yang maut dalam insiden berdarah tersebut tidak didedahkan.

Suspek yang juga tidak didedahkan namanya dilaporkan ditemui di dalam apartmen berkenaan ketika polis menyerbu masuk ke dalam bangunan tersebut selepas menerima aduan orang ramai.

Beberapa sumber memberitahu, suspek dipercayai mempunyai pertalian saudara dengan mangsa-mangsa tersebut.

“Ia kelihatan seperti kes keganasan do- mestik,” kata seorang pegawai polis berpangkat tinggi.

Bapa mangsa yang tiada di rumah apabila penghuni pangsapuri berkenaan diserang sekitar pukul 10.45 malam kelmarin, trauma dengan pembunuhan tersebut.

“Dia baru pulang dari tempat kerja dan menjadi histeria selepas dimaklumkan tentang kejadian amuk itu oleh seorang anggota polis,” kata seorang penghuni blok apartmen berkenaan, May Chan.

Menurutnya, dia kerap melihat kumpulan kanak-kanak itu bermain di kejira- nan tersebut.

“Mereka cuma anak-anak kecil. Insi- den ini sungguh memilukan. Mereka tidak berdosa,” katanya. – Agensi

0 comments:

Post a Comment