Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment
Kuala Lumpur: Tekanan kini dirasai penjaga gol Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Farizal Harun yang menjadi benteng terakhir menghalang ‘amukan’ Kelantan di Kota Bharu pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, Jumaat ini.

Farizal tidak lagi boleh bolos andai mahu memastikan skuad kendalian B Sathianathan melangkah ke final Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut selepas tewas 1-2 kepada Kelantan pada aksi separuh akhir pertama tempoh hari. 
“Tekanan itu memang ada apabila berdepan jentera serangan lawan yang sememangnya berada pada prestasi terbaik ketika ini namun saya sudah bersedia. Bukan saja pemain importnya, Dickson Nwakaeme, malah saya melihat Norfarhan Muhammad dan Mohd Badhri Radzi turut menjadi ancaman utama kubu kami. 

“Malah anda boleh saksikan sendiri prestasi mereka ketika menewaskan Johor Darul Takzim (DT) 6-1 di Kota Bharu pada suku akhir kedua. Bagaimanapun saya masih menaruh kepercayaan kepada pertahanan untuk menghalang mereka terutamanya Nwakaeme,” katanya yang mengaku mengharungi aksi getir 90 minit di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

MOHD Farizal Harun

ATM sekali lagi tampil tanpa pertahanan tengah kebangsaan, Amirizwan Taj Tajuddin namun Farizal optimis dengan kemampuan rakan lain di bahagian pertahanan menjalankan tugas yang diberikan dan melaksanakan taktikal seperti yang diarahkan jurulatih.

0 comments:

Post a Comment