Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment
Kelibatnya jarang muncul di kaca TV sejak kebelakangan ini. Malah boleh dikira drama baru lakonannya sekarang. Mungkinkah aktres hebat, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid al-Yahya hanya memilih untuk buat projek filem semata-mata?

Hakikatnya, anak didik pengarah filem terkenal Allahyarham Yasmin Ahmad yang lebih mesra disapa Nani, 27, mengakui sebenarnya dia kini lebih selektif dengan karakter yang ditawarkan dalam projek drama sekarang. 
“Bukan tiada tawaran yang datang untuk projek drama dan telefilem baru, tapi saya terpaksa menolaknya kerana tidak memenuhi cita rasa. 

“Banyak tawaran berlakon yang datang hanya menonjolkan karakter wanita sebagai kaum yang lemah dan sering ditindas dalam masyarakat.


“Saya juga tidak mahu tamak merebut semua tawaran yang datang, tapi akhirnya ia tidak memberi makna dan kepuasan pada saya sebagai pelakon yang sudah sekian lama berkecimpung dalam bidang lakonan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment