Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 21, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10,000 remaja berusia antara tujuh hingga 17 tahun akan dilatih menerusi progam Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara 2014-2020, persidangan Dewan Rakyat diberitahu Isnin.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pelan itu yang akan dilancar dalam masa terdekat, bertujuan mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negara ketika era Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun.

“Remaja ini akan dimasukkan dalam program pembangunan bola sepak di seluruh negara untuk mencungkil bakat terbaik…kita akan pastikan tidak ada bakat terpendam yang tidak diketengahkan.

“Matlamatnya ialah menjelang Piala Dunia Remaja pada 2019, pasukan remaja layak untuk menyertainya,” katanya semasa menjawab soalan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak).

Abd Khalid bertanya mengenai peracangan yang dilakukan bagi memulihkan semula kekuatan bola sepak negara dan bagaimana penerimaan peminat sukan itu terhadap pasukan bola sepak tempatan.

Khairy berkata keseriusan kementerian untuk memperkasa sukan itu juga terserlah menerusi pelantikan jurulatih skuad remaja Bayern Munich, Lim Teong Kim sebagai Pengarah Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan memulakan tugasnya November ini.

Mengenai sambutan orang ramai terhadap bola sepak, Khairy berkata minat terhadap pasukan bola sepak kebangsaan dan negeri semakin meningkat hasil daripada pelaburan pihak pengurusan bola sepak kebangsaan dan negeri.

“Ini menyebabkan stadium dibanjiri setiap minggu dan bukan hanya pada perlawanan akhir. Mengikut maklumat Astro (stesen televisyen satelit berbayar), ada perlawanan tempatan yang mendapat ranking penonton lebih tinggi berbanding perlawanan luar negara,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui ranking pasukan bola sepak negara masih ketinggalan dan perkara itu menjadi keutamaan kementerian dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membaikinya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment